![]() |
||||||||||||
![]() |
|
![]() |
||||||||||
ekolah Kebangsaan Taman Semarak (SKTS) merupakan sekolah Gred A dan kategori Sekolah Bandar 2. Sekolah ini terletak kira-kira tiga puluh dua (32) kilometer dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan tiga puluh lapan (38) kilometer dari Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Ia di bawah jagaan/penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Sekolah ini di kelilingi oleh taman-taman perumahan dan kawasan Perindustrian Nilai. Lokasinya amat strategik di mana ia terletak berhampiran dengan Bandar Baru Nilai dan lebih istimewa lagi ia diapit pula oleh dua (2) Lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) - susur keluar Nilai) dan Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) – susur keluar Pajam. Sekolah Kebangsaan Taman Semarak (SKTS) terletak di Taman Semarak II. Sekolah ini dibuka pada 17 Januari 2000. Sekolah ini diberi nama sempena nama taman di kawasan ini. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 19 orang guru dan 320 orang murid sahaja. Jumlah kelas pada ketika itu adalah 10 buah sahaja. Kakitangan pejabat terdiri daripada seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu am rendah. Tidak ada pekerja am untuk pengendalian keceriaan kawasan sekolah. Walaubagaimanapun pihak sekolah beruntung kerana mendapat khidmat sukarela daripada 2 orang penjaga murid. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang kebanyakannya bukan penduduk asal tetapi merupakan imigrasi dari negeri-negeri lain yang datang bekerja di kawasan perindustrian, KLIA, kakitangan kerajaan, dan lain-lain. Sebelah pagi sesi persekolahan seperti biasa manakala sebelah petangnya pula diadakan Kelas Agama Petang yang dikenali sebagai SARA (kini KAP). Terdapat 2 buah kelas bagi setiap Tahun. Sebagai permulaan hanya Tahun Satu hingga Tahun 5 sahaja. Tahun Enam bermula pada tahun 2001. Murid-murid sekolah ini datang dari tiga buah sekolah berdekatan iaitu dari SK. Dato Syahbandar Abu Bakar, Labu, SK.Dato Ahmad Manaf, Nilai dan SK. Batang Benar, Mantin. SKTS mendapat dua buah kelas pra-sekolah pada tahun 2001. Kini, SKTS dihuni oleh 1253 orang murid, 71 orang guru 7 orang kakitangan sokongan dan 4 orang pekerja am.
UPSR yang pertama adalah pada tahun 2001 yang calonnya terdiri daripada dua kelas sahaja. 2 orang murid berjaya mendapat 5 A untuk UPSR ketika itu. Pada 14 Januari 2002, atas usaha keras semua pihak, SKTS telah mendapat penghargaan kecemerlangan UPSR kerana mendapat keputusan terbaik bagi 4 matapelajaran kecuali Bahasa Inggeris. 2008 menjadi tahun keramat yang melonjakkan nama SK Taman Semarak dan menjadi bualan orang ramai di mana peningkatan dalam pencapaian UPSR. Seramai 37 orang murid berjaya mendapat 5 A. Tahun tersebut menjadi pencetus semangat kepada warga SKTS untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan untuk tahun-tahun yang mendatang. Keputusan UPSR 2009 juga memberansangkan apabila diumumkan seramai 31 orang murid berjaya mendapat 5A. Walaupun terdapat penurunan bilangan murid yang mendapat 5 A namun ia tidak mematahkan semangat semua pihak untuk menempa kejayaan pada tahun 2010. SKTS sekali lagi melakarkan sejarahnya pada 2010 apabila pencapaian 5A meningkat ke 37 orang. Ia amat mengujakan dan membakar semangat semua pihak untuk menjadi yang terbilang dikalangan yang terbaik. Pada 2011 pula seperti mengulangi sejarah 2009, mengalami penurunan di mana seramai 31 orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Walaubagaimanapun itu tidak mematahkan semangat warga SKTS dan percaya dengan usaha yang gigih dapat mengembalikan kegemilangan yang ditempa pada tahun 2010 untuk tahun 2012. Insyaallah…. SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |