sktsns.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK
SEK. KEB. TAMAN SEMARAK
TAMAN SEMARAK
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
 
Tel : 06-799 7298, Faks : [fax]
e-mel : sktsns@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | SEKAPUR SIRIH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | GURU-GURU | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN MURID | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | HEM | BERITA TERKINI | PERISTIWA | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | PANORAMA | SEJARAH | MOTO SEKOLAH | PENCAPAIAN SEKOLAH | PIAGAM PELANGGAN | FALSAFAH SEKOLAH | PENTADBIRAN | MUAT TURUN | PERMAINAN | LOKASI |

HEBAHAN  TERKINI

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH 2010

Pendaftaran murid prasekolah bagi tahun 2010 telah pun bermula pada 1 Ogos 2009 dan berakhir pada 28 Ogos 2009. Kepada ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah SK Taman Semarak pada tahun 2010 dikehendaki hadir sendiri ke prasekolah untuk mengambil borang dan sila bawa bersama sijil kelahiran anak tuan dan puan. Ini kerana Prasekolah SK Taman Semarak hanya mengambil kanak-kanak yang lahir pada tahun 2004 untuk pengambilan sesi 2010. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan semula ke prasekolah sebelum tarikh tutup iaitu 28 Ogos 2009 bersamaan hari Jumaat.

SESI PERSEKOLAHAN 2010 

Pada hari ini, 4 Januari 2010 bersamaan hari Isnin bermulanya sesi persekolahan bagi 2010. Perhimpunan rasmi tidak dapat dijalankan kerana hujan, walaupun begitu semuanya berjalan dengan lancar. Bagi prasekolah, hanya terdapat seorang murid sahaja yang menangis apabila ditinggalkan oleh ayahnya. Murid tersebut berhenti menangis dan mula berinteraksi dengan rakan-rakan 10 minit kemudian. Pada hari pertama persekolahan ini, murid-murid prasekolah telah dibenarkan pulang jam 11.30 pagi.
MINGGU PUSAT SUMBER 2010
Minggu Pusat Sumber SKTS diadakan dari 22-25 Feb 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk jualan kad pinjaman, jualan penanda buku, teka silangkata, sodoku, mewarna, membuat poster, bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kuiz, senamrobik dan lawatan murid Tahun 1 ke PSS.

SUKAN TAHUNAN SKTS
Acara kemuncak sukan tahunan SKTS telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 11 Februari 2010 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Antara acara yang diadakan pada hari ini termasuklah perbarisan antara rumah sukan yang dimenangi oleh rumah kuning, acara olahraga, persembahan tae kwan do, acara bagi pegawai sukan dan ibu bapa serta penyampaian hadiah. Rumah Wira (kuning) merupakan juara rumah sukan pada tahun ini.
Acara sukaneka bagi prasekolah dan tahap 1 telah dijalankan pada 4 Februari 2010 bersamaan hari Khamis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Rumah Hijau telah menjadi juara keseluruhan sukaneka pada tahun ini.

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN
Program Pemantapan Disiplin SKTS 2010 telah dilancarkan pada 1 Mac 2010 oleh tuan guru besar SKTS. Matlamat program ini adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan, membina sahsiah yang baik, memupuk sikap yakin pada diri dan berdisiplin serta menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Antara objektifnya mempertingkatkan sikap bertanggungjawab warga SKTS terhadap sekolah, membina akhlak yang mulia dan berketrampilan, melatih warga SKTS mematuhi peraturan dan keselamatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memupuk disiplin kendiri yang positif di kalangan warga SKTS.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Mac 2010 bersamaan dengan 19 Rabiulawal 1431 iaitu hari Jumaat. Majlis bermula dari 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk persembahan nasyid, tilawah, perarakan, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi.
KARNIVAL JUALAN HARI KANTIN
Karnival jualan hari kantin SKTS 2010 telah diadakan pada 27.03.2010 iaitu hari Sabtu bermula jam 8.00pagi hingga 4.00 petang. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh En Kamaruzaman Bin Bahaman, Pengarah Jab Perkhidmatan & Kesihatan Majlis Perbandaran Nilai.
Program ini adalah anjuran JK PIBG 2009/2010 yang bertujuan untuk mengumpul dana PIBG bagi menampung perbelanjaan aktiviti pelajar bagi mencapai kecemerlangan di bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di samping membina & mengukuhkan hubungan antara PIBG, pihak sekolah & ibu bapa serta mewujudkan keharmonian, keselesaan juga berprasangka baik antara PIBG, ibu bapa dan guru SKTS. Antara aktiviti yang diadakan ialah jualan beranika makanan, minuman dan barangan, permintaan lagu, permainan kanak-kanak, persembahan pelajar, pertandingan mewarna, gubahan & futsal, perkhidmatan Jab.Pendaftaran Negara, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi anti dadah kebangsaan, pameran Jab.Keselamatan J/raya, pameran Jab. Bomba, promosi bank perdagangan serta 'rumah hantu'.

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2010

3/APRIL/ 2010

ENGLISH PRESTIGIOUS WEEK 2010 

English Prestigious Week telah diadakan dari 5 hingga 9 April 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTS iaitu En Harifin Bin Omar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti colouring contest, word maze, story telling competition, morning quiz dan sebagainya.

SELAMAT HARI GURU 2010

16/MEI/2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTS telah diadakan pada 17 MEI 2010 bersamaan hari Isnin. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan dimulai dengan bacaan doa, ucapan dan seterusnya nyanyian Guru Malaysia daripada para guru. Antara akttiviti yang dijalankan pada majlis ini termasuklah sukaneka, persembahan, futsal dan sebagainya. Jamuan murid dan guru turut disediakan. Majlis ini berakhir jam 1.00 petang.

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

5.JUN.2010   HINGGA  20.JUN.2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID DAN GURU SK. TAMAN SEMARAK.


PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
26/6/2010

HARI TERBUKA
SK TAMAN SEMARAK NILAI N9
2/JULAI/2010
SELAMAT BERPUASA
Semoga rajin bertarawih
Rajin baca Quran
Rajin bersedekah


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: